headline photo

Pemanfaatan Kata Kunci Dalam Artikel

Friday, September 14, 2012

Adakah anda pernah mendengar bahawa kata kunci (keywords) merupakan perkara penting didalam pemasaran artikel? Kalau pernah, baguslah kerana anda peka terhadap pemasaran ini.Tetapi adakah anda pasti bagaimana cara yang sesuai menggunakan maklumat kata kunci anda dalam artikel?
Jika anda tidak pasti, anda boleh membaca sedikit ringkasan mengenainya.

  1. Selidik kata kunci anda itu! Anda boleh mengunakan alat kata kunci seperti WordTracker untuk mencari kata kunci yang paling sesuai untuk laman web anda.
  2. Pastikan senarai yang ada dekat anda di dalam 20 – 30 patah perkataan.
  3. Kata kunci anda mungkin mempunyai yang pendek (2 perkataan), tetapi anda boleh buat leh banyak patah perkataan tersebut.. ( 3 – 5 perkataan )
  4. Tema lain bagi kata kunci di panggil “Long tail keyword”. Kata kunci ini jarang digunakan, dan tidak lah sehangat dengan penggunaan kata kunci pendek yang biasa kita gunakan. Tetapi dengan cara ini akan lebih membantu anda kerana persaingan anda kurang!. Ia amat baik jika anda buat beberapa kata kunci yang mengunakan tema “Long Tail Keyword” ini.
  5.  Selepas anda siap senarai kata kunci tersebut, anda boleh mengambil setiap kata kunci tersebut untuk di isikan kedalam sesuatu artikel anda. Nasihat saya, anda haruslah menulisnya secara semulajadi, bukannya sekadar tertumpu kepada kata kunci tersebut.
  6. Jika anda mampu, masukkan kata kunci anda di bahagian tajuk artikel anda. Pastikan dengan cara logik!
  7. Anda juga boleh menggunakan kata kunci anda ke dalam artikel anda, tetapi harus ingat jangan terlampau banyak dengan kata kunci sahaja. Pastikan anda lakukan secara semula jadi.
  8. Pastikan anda tidak bebankan artikel anda dengan kata kunci, kalau boleh di dalam anda artikel anda Cuma mengunakan 2% sahaja kata kunci anda.
  9. Anda haruslah memeriksa artikel anda tersebut supaya tidak terlampau banyak kata kunci di dalam sesuatu artikel, anda harus ingat pemasaran artikel adalah pemasaran jangka panjang, dan kemungkinan anda masih banyak lagi artikel-artikel yang ingin di tulis di dalam laman web anda. Pastikan anda mengunakan cara, satu artikel untuk satu kata kunci dan tumpukan artikel tersebut untuk menjadi lebih semula jadi.
  10. Senarai kata kunci anda haruslah sentiasa di kemaskini selalu, kerana masa akan berubah, begitu juga dengan maklumat yang anda ingin sampaikan.

Mudah bukan mengunakan kata kunci?

Jika anda belajar untuk menulis artikel mengikut istilah kata kunci anda dengan cara ini, sudah pasti anda akan dapat capaian yang terbaik di Google dan enjin carian yang lain.

0 comments:

Post a Comment