Media masa memainkan peranan penting di dalam menyampaikan sesuatu
perkara, tidak kira berupa nasihat mahupun berita setempat. Saya amat
tertarik dengan beberapa artikel yang berkisarkan TANGGUNGJAWAB suami,
sehinggakan ia boleh menimbulkan fitnah kepada seseorang yang
membacanya. Amatlah merbahaya jika kita menulis sesuatu perkara tanpa
rujukan yang sah dan benar dari segi dalil Al-Quran dan Hadis. Apa yang
paling membimbangkan ialah artikel itu seratus peratus dari akal
sepenulis tersebut. Tidak salah, kalau kita menulis sesuatu artikel yang berkaitan agama
itu untuk menasihatkan sesuatu perkara atau hal, tetapi haruslah
berdasarkan Agama Islam dan jangan sekali kali meninggalkan Al-Quran dan
Hadis.
Baiklah, “Tanggungjawab” begitu banyak definisi atau boleh dikaitkan dengan “tanggungjawab”. Kalau ada wujudnya bicara mengenai Tanggungjawab Suami, harus juga lah mempunyai Tanggungjawab Isteri. Ini kerana kedua-duanya berkaitan rapat.
Bolehlah kita kaitkan dengan hadis ini
Sabda Rasulullah, maksudnya :
“Setiap kamu adalah ketua dan setiap kamu bertanggungjawab di atas jagaannya. Lelaki (suami) adalah ketua di atas anggota keluarga rumahnya dan dia adalah bertanggungjawab di atas jagaannya itu. Perempuan (isteri)
bertanggungjawab menjaga rumah suaminya dan bertanggungjawab terhadap
jagaannya. Bukankah setiap kamu itu ketua dan setiap kamu adalah
bertanggungjawab ke atas jagaannya.”
Kita berbalik kepada topik asal, iaitu TANGGUNGJAWAB. Saya akan mulakan dengan tanggungjawab lelaki.
Tanggungjawab Lelaki :-
Antara hak dan kewajiban suami ke atas isterinya ialah:
1 – Wajib seorang lelaki yang bernama suami, memberi nafkah kepada
isterinya seperti makan,minuman, pakaian, mahupun tempat tinggal dengan
cara yang baik.
Sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam:
“Engkau (suami) harus memberinya makan jika
engkau makan dan memberinya pakaian jika engkau berpakaian. Janganlah
engkau menempeleng wajahnya, janganlah engkau menghinanya, dan jangan
pula membiarkannya kecuali di dalam rumah.” [HR Ahmad, Abu Dawud, Ibn Hibban]
lagi sabda Rasulullah SAW maksudnya :
“Dan wajib ke atas kamu memberikan mereka (isteri-isteri) rezeki mereka dan pakaian mereka dengan baik. Tempatlah mereka di mana kamu bertempat tinggal mengikut kemampuanmu.”
2- Wajib bagi seorang suami memenuhi keperluan seksual isterinya,
walaupun hanya sekali dalam masa 4 bulan, yakni jika keadaan tidak
mengizinkan.
Keadaan ini ditetapkan berdasarkan Firman Allah Subhanahu wa Taala:
“Kepada orang-orang yang hendak bersumpah untuk menjauhkan dirinya dari isteri-isterinya, bagi mereka ada masa tangguh sampai empat bulan. Kemudian jika mereka kembali kepada isterinya maka sesungguhnya Allah maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” [TMQ al-Baqarah (2):226]
Ini pula tanggungjawab seorang suami yang mempunyai isteri lebih dari seorang.
0 comments:
Post a Comment